Wednesday 21 November 2012


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Terlebih dahulu Kami mengucapkan ribuanTerima Kasih di atas penyertaan dan kerjasama Tuan/Puan dalam menjayakan Karnival Berbasikal yang julung-julung kali diadakan di sekitar Bandaraya Alor Setar oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Kedah.

Sesungguhnya penyertaan dan penglibatan Tuan/Puan telah berjaya menyemarakkan lagi Karnival Gerek-Ton ini. Namun begitu tetap terdapat beberapa kelemahan dan berlakunya  perkara di luar jangkaan Kami. Namun Kami telah melakukan post-mortem dan penilaian semula terhadap kelemahan-kelemahan tersebut bagi menambahbaik penganjuran di masa hadapan.

Kami mewakili Penganjur iaitu Pihak Jabatan Kastam Di Raja Kedah dan jabatan-jabatan lain yang terlibat menjayakan Karnival Gerek-Ton seperti Polis Di Raja Malaysia, RELA, Majlis Sukan Negeri Kedah, Paramedik dan Persatuan Perubatan, Bomba Dan Penyelamat, MBAS, Persatuan Basikal Negeri Kedah, Marshall dan sebagainya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan mahupun kesilapan yang telah berlaku sepanjang perjalanan Karnival ini.

Setelah meneliti dan menyemak semula secara terperinci, Kami telah mengambil kira semua bantahan dan rayuan yang telah dikemukakan dan terdapat perubahan telah dilakukan ke atas kategori Veteran Lelaki terutamanya.
Para Pemenang TIDAK PERLU mengembalikan Medal mahupun Wang Tunai yang telah diterima walaupun terdapat beberapa perubahan pada keputusan setelah semakan semula. Keputusan tersenarai adalah MUKTAMAD dan persetujuan telah dicapai diantara semua pihak yang terlibat.

Kami amat menghargai penyertaan semua Peserta yang telah terlibat dan berharap Tuan/Puan meneruskan aktiviti berbasikal selagi terdaya.


Jutaan Terima Kasih,

Selamat Maju Jaya, Teruskan Kayuhan dan Selamat Berpeluh.