Assalamualaikum dan Salam
Satu Malaysia,
Terlebih dahulu Kami mengucapkan ribuanTerima Kasih di
atas penyertaan dan kerjasama Tuan/Puan dalam menjayakan Karnival Berbasikal
yang julung-julung kali diadakan di sekitar Bandaraya Alor Setar oleh Jabatan Kastam
Di Raja Malaysia, Kedah.
Sesungguhnya penyertaan dan penglibatan Tuan/Puan
telah berjaya menyemarakkan lagi Karnival Gerek-Ton ini. Namun begitu tetap
terdapat beberapa kelemahan dan berlakunya
perkara di luar jangkaan Kami. Namun Kami telah melakukan post-mortem
dan penilaian semula terhadap kelemahan-kelemahan tersebut bagi menambahbaik
penganjuran di masa hadapan.
Kami mewakili Penganjur iaitu Pihak Jabatan Kastam Di
Raja Kedah dan jabatan-jabatan lain yang terlibat menjayakan Karnival Gerek-Ton
seperti Polis Di Raja Malaysia, RELA, Majlis Sukan Negeri Kedah, Paramedik dan
Persatuan Perubatan, Bomba Dan Penyelamat, MBAS, Persatuan Basikal Negeri
Kedah, Marshall dan sebagainya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan
mahupun kesilapan yang telah berlaku sepanjang perjalanan Karnival ini.
Setelah meneliti dan menyemak semula secara
terperinci, Kami telah mengambil kira semua bantahan dan rayuan yang telah
dikemukakan dan terdapat perubahan telah dilakukan ke atas kategori Veteran
Lelaki terutamanya.
Para
Pemenang TIDAK PERLU mengembalikan Medal mahupun Wang Tunai yang telah diterima
walaupun terdapat beberapa perubahan pada keputusan setelah semakan semula.
Keputusan tersenarai adalah MUKTAMAD dan persetujuan telah dicapai diantara
semua pihak yang terlibat.
Kami amat
menghargai penyertaan semua Peserta yang telah terlibat dan berharap Tuan/Puan
meneruskan aktiviti berbasikal selagi terdaya.
Jutaan
Terima Kasih,
Selamat
Maju Jaya, Teruskan Kayuhan dan Selamat Berpeluh.